Wednesday, February 24, 2010

SSM serbu dua syarikat disyaki tawar skim pelaburan haram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.

SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata, melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. dan Hadhari Agro Holding Sdn. Bhd. dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai ”Projek Pembangunan Usahawan”.

"Menurut aduan yang diterima SSM, para pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.

"Ia juga mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang merupakan pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

PK:-Sebenarnya,kalangan guru dan kakitangan kerajaan yang lain biasa tertipu dengan skim-skim yang menarik perhatian.Kadang-kadang sampai tahap TOO GOOD TO BE TRUE pun orang masih percaya.Kawan sendiri pun dah biasa kena dengan Skim-skim macam ni.Sekarang ni lah pun baru nak rasa serik sikit pun.Tapi dah duit tak berapa banyak,nak juga cari side income untuk senang keluarga sikit.Jadi rasanya lebih selamat kalau melabur dalam investment yang berisiko rendah walaupun pulangannya rendah.Kawan dah try sendiri FOREX kat internet ni.Memang ada hasil,tapi kalau tamak habislah.Pandai-pandailah kita ye!

Thursday, February 11, 2010

Tiada arahan kerja lebih masa diganti cuti rehat

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

Cuepacs tuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk menghalang pemberian bayaran tunai kepada kakitangan awam yang bekerja lebih masa dan digantikannya dengan cuti rehat.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, berkata kakitangan sokongan memang layak mendapat elaun kerja lebih masa, justeru terpulang kepada kecekapan sesebuah jabatan untuk menguruskan keperluan kewangan.

"Setiap jabatan kerajaan mendapat peruntukan masing-masing, maka kena pandai urus sendiri supaya ia memenuhi keperluan tanpa melebihi bajet," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ismail berkata, dakwaan bahawa kakitangan sokongan diberi cuti rehat bagi menggantikan bayaran tunai untuk kerja lebih masa, mungkin adalah langkah yang diambil oleh sesebuah jabatan atas inisiatif sendiri.

PK:-Kalau dapat kat cikgu,banyak kena bayar ni!Tapi nasib kurang menyebelahi guru-guru.Walau kerja sampai petang pun tak ada overtime deh!