Wednesday, March 10, 2010

KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!

Tiga lelaki Afrika ditahan berhubung siasatan rogol

PETALING JAYA 10 Mac – Tiga lelaki Afrika ditahan untuk siasatan berhubung kejadian cuba merogol seorang pelajar kolej swasta di sebuah apartmen di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berumur 24 tahun itu pergi ke rumah berkenaan dipercayai selepas dihubungi oleh seorang rakannya.

"Selepas memasuki rumah itu, mangsa dipercayai cuba dirogol oleh tiga suspek namun dia sempat menghubungi rakannya yang memberitahu polis,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta. – Bernama

PK:-Jatuhkan hukuman yang berat.Hantar mereka pulang.Kalau macam ni lah keadaannya,nak biar budak main kat luar rumah pun takut!Kerajaan jangan jadi lembab!ambik tindakan yang pantas!Takkan dah ramai yang kena baru nak hukum!Kurang ajar!

Wednesday, March 3, 2010

Guru oh guru!

Guru wajib ke luar bandar

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diwawancara oleh Suhaimi Sulaiman pada program Temubual Eksklusif Bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nik Rosli Ishak.

  • Tempoh tugas tiga hingga lima tahun tempoh perkhidmatan
  • Cikgu baru mesti mengajar di pedalaman
KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.

"Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

"Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi.

Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

"Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.

PK:-Cadangan ini mesti ada yang sokong dan ada juga yang bantah.Tapi pada kawan lah,tak ada masalahnya.Kawan pernah ngajar di Chenor.Masa tu jambatan belum ada,jadi berulang naik bot hari-hari.Lepas tu jalan kaki pulak baru sampai ke sekolah.Ada member tu kena naik motor pulak lagi 20 minit baru sampai.Tapi masa tu tak ada elaun.Adik kawan sekarang ni ngajar di Kg Bukit Mat Daling.Letih juga la naik bot baru sampai.Tapi yang penting kesanggupan guru untuk berkhidmat di pedalaman.Kata sebelum dapat tawaran kerja sanggup bertugas dimana-mana.Tapi dah dapat banyak pulak songeh nya.Buktikan kita boleh berkhidmat dimana sahaja!Barulah boleh jadi insan yang MURABBI!hehehehehe