Friday, January 29, 2010

GTP tak beri tekanan penjawat awam

Matlamat disasarkan kerajaan mampu beri kebaikan semua

KUALA LUMPUR: Matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan satu tekanan dan bebanan kepada 1.2 juta penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, sebaliknya semua penjawat awam komited untuk menjayakan GTP yang direncanakan kerajaan berdasarkan suara rakyat itu dengan memastikan segala matlamat yang disasarkan tercapai menerusi gerak kerja yang cepat dan berkesan.

“GTP tidak akan menjadi tekanan sebab penjawat awam pun rakyat juga, apa salahnya, umpamanya untuk kita cuba kurangkan jenayah jalanan. Sebagai penjawat awam dan rakyat negara ini, kita juga mahu keadaan yang selamat, tidak ada jenayah, tidak ada kemiskinan dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran GTP yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam.

PK:- Kawan tak berapa clear lagi tentang benda ni.Tapi nampaknya kerja dan beban akan bertambah.Atau boleh kita kata peluang dan penambahbaikan akan berlaku.Tapi harapnya jangan cakap sahaja.Pastikan perkara ini jadi kenyataan,barulah betul2 ok!

Sunday, January 24, 2010

Suami isteri saman dua bekas guru besar RM1.5j

Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my


MOHD Afandi (kanan) berbincang bersama peguamnya Mohd Shaffie selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.

Dakwa defendan termasuk pegawai JPN punca tekanan mental

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri yang juga guru, memfailkan saman terhadap dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pelajaran negeri berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa mereka dianiayai sehingga menghadapi tekanan mental yang dahsyat kira-kira enam tahun lalu.

Plaintif pertama, Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isteri, Roziaini Mohd Rozi, 38, selaku plaintif kedua menamakan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Munajat Tamrin sebagai defendan pertama, manakala bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Noriah Murad defendan kedua dan bekas Guru Besar SK Iskandar, Abdul Aziz Hanifa sebagai defendan ketiga.

Mohd Afandi dan isterinya mendakwa, wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Afandi mendakwa, bekas pengetua sekolahnya dan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri bersekongkol mewujudkan tekanan dan penderaan secara mental kerana wujud rasa tidak puas hati terhadap plaintif pada 2004.

"Saya dan isteri mengemukakan saman malu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka bersubahat dalam urusan pentadbiran hingga kami terpaksa menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan.

"Bekas Guru Besar SK Iskandar itu marah selepas saya membuat aduan ke pihak atasan mengenai tingkah lakunya. Sejak itu, dia mengaibkan dan memalukan saya dengan menuduh pelbagai cerita buruk terhadap saya.

"Dia juga mempengaruhi bekas Guru Besar SK Alor Setar, tempat isteri saya mengajar dengan menahan gaji isteri saya selama setahun kerana mengambil cuti sakit selain tidak berpuas hati dengan tindakan saya melaporkan masalah itu kepada Jabatan Pelajaran Kedah.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan dahsyat," dakwanya.

Mereka menuntut ganti rugi RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua, ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga, ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama, permohonan maaf secara terbuka, faedah lapan peratus sehingga kes selesai, kos dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

P/K :-Hai,macam-macam.Ada pulak kes GB yang sampai menekan perasaan dan mental guru-guru bawahan ni.Itu menekan pada nama je!yang menekanbetul2 TEKAN punya ada ke?Mungkin ada mungkin tidak.Sebab tu sekarang ni orang ramai dah kurang hormat pada profession ni.Apa kita nak kata?Kita pun buat salah juga!

Pahang turut isytihar berkabung

KUANTAN: Pahang turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula semalam bagi menghormati kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail, berkata selama tempoh berkabung, semua kegiatan berunsur hiburan dan keceriaan anjuran kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan tidak digalakkan, selain bendera negeri perlu dikibarkan separuh tiang.

"Perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada semua ketua jabatan di Pahang. Pihak swasta turut digalakkan mengikuti arahan berkenaan," katanya.

PK :-Hubungan yang baik antara Pahang dan Johor memang ternyata.Nak pulak deme ni ada hubungan sedara-mara rasanya.Apa-apapun,takziah untuk keluarga DiRaja Johor atas pemrgian Ayahanda tercinta.Kawan dulu masa Arwah Abah meninggal,lama juga baru nak hilang sebak tu.Ye lah kan,Ayah kita!

Thursday, January 21, 2010

Akta anak abaikan ibu bapa

Oleh Noor Azimah Romli

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang dalam kajian mewujudkan satu akta yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid, perkara itu memerlukan kajian mendalam kerana ia membabitkan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

“Kita tidak mahu anak menjaga orang tua mereka dalam keadaan terpaksa tetapi hendaklah atas dasar kesedaran, kerelaan, sikap menghormati dan menyayangi orang tua mereka.

“Nilai kekeluargaan perlu dipupuk sejak kecil sama ada melalui sistem pendidikan di sekolah, pendidikan agama dan juga program kesedaran serta bimbingan dan ajaran dari ibu bapa sendiri.


“Oleh itu seharusnya anak menjaga ibu bapa di kala usia emas mereka. Membiarkan mereka seharusnya tidak digunakan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul anak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas beberapa kes ibu bapa ditinggalkan anak di tempat awam seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

Meme berkata, kemasukan ke institusi warga emas kelolaan JKM adalah langkah terakhir yang akan diambil sekiranya mendapati ada warga emas tidak mempunyai anak atau waris untuk menjaganya.


P/K:-Sebenarnya,terbaca je keratan ni,kawan rasa sedih.Sanggup orang2(orang lagi ke?) ni meninggalkan mak bapak deme macam tu aje.Tak tau ke,masa kita kecik dulu mak bapakkita tak pernah terpikir pun nak buang kita?Walau susah macamana pun deme tetap jaga kita sebab kita anak2 adalah anugerah dari tuhan.Mana2 yang masih ada mak bapak tu,sayangilah dan bahagiakanlah mak bapak kita masa ada ni.Dah tak ada esok,kita yang rugi.Jangan pulak berharganya mereka cuma apabila mereka tiada kelak!Tak ada gunanya!Al Fatihah untuk Arwah ABAH.......

Wednesday, January 20, 2010

Jaga elok-elok.......

Harga barang keperluan dijangka tidak naik - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 20 Jan. – Harga barangan keperluan dijangka tidak mengalami sebarang kenaikan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana tiada sebarang kenaikan harga minyak, dan mekanisme baru mengenai subsidi petrol pula tidak melibatkan diesel.

"Barangan keperluan biasanya diangkut dengan menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel, dan diesel tetap kekal harganya seperti sekarang, jadi dari segi minyak tidak akan menyebabkan kenaikan barang dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu meningkat sebanyak 0.6 peratus dibandingkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, bagi bulan Disember, peningkatan sebanyak 0.2 peratus dicatat berbanding bulan sebelumnya, manakala peningkatan 1.1 peratus dicatat berbanding bulan sama tahun sebelumnya. – Bernama

PK:-Berita barang naik harga ni memang buat orang ramai resah-gelisah.Dalam tak sedar ramai peniaga ambik kesempatan masa gula naik baru-baru ni.Kawan ni bukan apa.Bimbang juga barang naik weh!Bertambah pulak belanja,kurang boleh menyimpan.Anak besar esok2,banyak nak pakai duit.Kalau duk berbelanja je,masa bila nak menyimpan.Jawabnya tak habis berhutang lah dengan bank ke koperasi ke.Payah juga!Mintak menteri bertanggungjawab pantau sesungguh benda2 ni semua.

Tuesday, January 19, 2010

Cerita yang buat pening!

Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalah

NUTP tak setuju ambil kesempatan program MBMMBI

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar dan pengetua menyalah guna kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula bermula awal bulan ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula untuk mencapai matlamat memartabat Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berikutan itu, beliau berkata, berlaku senario ada guru Bahasa Inggeris dipindahkan dari sekolah yang sedang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam subjek itu, malah keadaan sama menimpa guru opsyen Seni Visual walaupun mereka tiada kaitan dengan program penempatan semula untuk MBMMBI, sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"NUTP memang tidak bersetuju dengan kaedah penyalahgunaan kuasa sebegini di mana guru besar atau pengetua mengambil kesempatan atas arahan penempatan semula untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai, antara lain mungkin kerana guru berkenaan 'kaki bangkang', mahu pun guru bermasalah dari sekolah mereka.

Bukan itu saja, beliau berkata, turut berlaku kes ada guru opsyen Bahasa Malaysia, tetapi mengajar Bahasa Inggeris selama 15 tahun demi memenuhi keperluan sekolah, malah pernah menjalani kursus pertukaran subjek, diminta bertukar ke sekolah lain dan dipaksa mengajar Bahasa Malaysia yang sudah ditinggalkan begitu lama.

Pada peringkat awal pelaksanaan penempatan semula ini, Hashim berkata, NUTP sudah menerima 10 aduan daripada guru yang kebanyakannya dari Selangor, termasuk lima atau enam kes mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa guru besar dan pengetua.


PK:-Kawan ni bukan nak melawan la.Tapi sebab cerita ni kira terkena dengan kita,jadi keluar la kat sini.Guru Besar kawan memang okay.Ini sekolah lain la.Tak patut GB atau PENGETUA atau sesiapa saja yang berkuasa ambik tindakan tanpa usul periksa.Ini sebab,mungkin guru tu ada masalah dirumah ke atau memang pihak pentadbiran tak betul,jadi dia tegurlah.Macam sesetengah sekolah tu lah.Bukan semua GB betul dan bukan semua GURU salah.Kita ni pun mungkin ada buat salah juge!

Sunday, January 17, 2010

SMJP 1991-1995

Assalamulaikum w.b.t.Saya telah berjumpa dengan beberapa orang kawan lama semasa di Sekolah Menengah (Kebangsaan)Jengka Pusat pada hari Sabtu,16 JANUARI 2010.Mereka yang saya maksudkan adalah Yok(Yusri Yusof),Pian(Sufian Mahyiddin) dan beberapa orang lagi.Saya juga telah ada nombor contact Jan(Faizal Azman) dan Joe(Zulkifli Marzuki).Jadi kami merancang untuk mengadakan pertemuan semula(REUNION) untuk pelajar Batch kami(1991-1995 SMJP).Jadi mana2 kawan2 yang terbaca pengumuman ini bolehlah contact saya Rahman 013-2527007 @0189071978(Jerantut,Pahang)Faizal Azman 019-9992483(Jengka @ Terengganu)Yok 019-7166169(Bandar Tun Hussein Onn,KL) atau Pian 016-6787252 @017-2730689(Subang,KL).

Diharap perancangan ini menjadi kenyataan dengan bantuan dari kawan2!Semoga berjaya!

Thursday, January 14, 2010

Pulak dah!!!!!!!!!!!

IPTA tidak wajar tawar program pendidikan sekolah rendah

JITRA 14 Jan. — Institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah), memandangkan ia telah ditawarkan oleh institusi pendidikan guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, dekat sini hari ini.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya penyelarasan perlu ada antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd. Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA. - Bernama

PK:-Aih,menengok ke Kementerian ni,makin lama makin pening gayanya.Sekejap kata boleh.Lepas tu tak boleh.Mana satu ni TUAN!

Padan muka ko!

ISA jika cetus ketegangan agama, perkauman

KUALA LUMPUR- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman dan keagamaan yang menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata kementerian memberi jaminan untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian terhadap beberapa gereja di negara ini.

“Saya beri jaminan dalam konteks insiden terkini, kita telah melihat secara serius siapa dalang di sebalik insiden yang berlaku. Jadi kita tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa yang ada termasuk (ISA), jika itu pilihan terakhir.

“Kita akan kenakan tindakan kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang individu itu,” katanya dalam rancangan ‘Soal Jawab Khas’ selama satu jam yang disiarkan menerusi TV3, semalam.

Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang disebar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya mendapatkan maklumat daripada polis atau pihak kementerian yang sentiasa memberi maklumat rasmi kepada orang awam.

“Kita telah mengeluarkan maklumat rasmi melalui kementerian dan polis. Ini bukan perkara rekaan ,kita tidak tokok tambah keseriusannya, sebagaimana yang dilaporkan itulah keadaannya,” katanya. - Bernama

PK:-Saya sokong supaya penjenayah ini ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.Bicarakan mereka,jatuhkan hukuman dan buat apa yang patut.Tapi bicara la,jangan tak bicara.Kesian orang tu!

Wednesday, January 13, 2010

Dua insentif baru lonjak sukan

PUTRAJAYA 12 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif baru bagi melonjakkan kemajuan bidang sukan negara dan sekali gus untuk meraih kejayaan lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, insentif pertama ialah kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bagi temasya Sukan SEA.

"Kadar baru ganjaran itu akan diumumkan sedikit masa lagi iaitu dengan terdapat peningkatan berbanding kadar pada masa ini.

"Ia adalah satu suntikan semangat kepada para atlet dan ahli sukan negara untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan," katanya.

Beliau berucap pada majlis jamuan makan tengah hari bagi meraikan kejayaan atlet Sukan SEA ke-25 di Vientianne, Laos di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

PK:-Memang bagus kerajaan nak bagi bonus atau ganjaran pada mereka yang berjaya ni.Tapi sebenarnya pada kawan,benda2 macam ni lah yang akan membuat ahli sukan negara kita ni tak berjuang dengan sepenuhnya.Sebab pada mereka,ganjaran yang diterima adalah lebih penting berbanding kejayaan merangkul pingat itu sendiri.Dulu Arwah Mokhtar tak ada pun ganjaran tanah,rumah dan macam2 lagi.Tapi prestasi bolasepak negara tetap baik dan menarik.Kenapa sekarang dengan ganjaran yang pelbagai,atlit negara tetap kurang menyerlah?Adakah kita makin lemah atau negara lain makin kuat?Kawan pun tak berapa pasti!

Tuesday, January 12, 2010

Malaysia minat laksana teknik e-pembelajaran

Oleh Azran Jaffar di London


MUHYIDDIN menghadiri taklimat pelaksanaan e-pembelajaran di London, semalam.

MALAYSIA berminat untuk mengaplikasikan teknik e-pembelajaran di sekolah dalam usaha memberi lonjakan kepada sistem pendidikan negara selaras perkembangan teknologi yang melanda pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ia sebagai usaha menambah baik sistem pendidikan yang dilakukan secara berterusan dan transformasi itu sesuatu yang boleh dicuba yang mana melaluinya mutu pembelajaran di sekolah akan dapat dipertingkatkan.

"Kita melihat pengalaman sebuah sekolah di sini yang pada mulanya sebuah sekolah yang tidak terpilih, dalam beberapa tahun sudah mengatasi pencapaian sekolah biasa lain hasil penggunaan teknik ini yang agak radikal dan berkesan, " katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat daripada sebuah syarikat tempatan dan jawatankuasa Sunbury Manor School di sini berhubung teknik pembelajaran itu yang dikenali sebagai Frog System.

Turut sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan Ireland Utara, Datuk Abdul Aziz Mohammed.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mengarahkan Bahagian Teknologi Pendidikan mengkaji dan mendalami sistem itu dan jika sesuai bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom supaya mengambil langkah serta-merta dan berbincang dengan pihak polis cara untuk mengatasi kejadian bilik pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping dibaling bom api.

P/K:-Cadangan ni dengarnya memang bagus.Tapi kalau buat sekerat jalan,takut tak jadi apa!Pendapat kawanlah,kalau nak buat tu,buatlah elok2.Jangan jadi macam PPSMI.Bukan PPSMI ni benda tak elok,tapi kajian tak buat terus jalan je.Sekarang dah terbukti kurang memuaskan,lepas tu mansuh.Belanja dah banyak keluar,modal dah banyak habis.Apa akan jadi pada guru2 yang dah pergi kursus hari tu?Pada kawan benda2 ni kalau tak rancang elok2 akan menjadi pembaziran yang cukup besar.Macam kata P.Ramlee"kalau apa2 jadi,sapa yang susah?AKU JUGAK!"



Apa cerita??????

PM jamin keadaan terkawal



NAJIB menyampaikan sijil MS ISO 9001:2008 kepada Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo pada majlis makan malam di Putrajaya, malam tadi. Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Kejadian bakar gereja tak babitkan kumpulan besar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan keadaan di negara ini terkawal di sebalik beberapa cubaan membakar gereja kerana kejadian itu tidak membabitkan kumpulan individu yang besar.

"Majoriti rakyat Malaysia amat sederhana dan cintakan keamanan manakala keganasan tidak pernah dikaitkan dengan soal amalan beragama di negara ini.

"Malahan pengenalan agama Islam dibuat melalui cara aman," katanya ketika ditemubual sekumpulan 10 wakil media dari India dalam rangka lawatan ke negara ini, di pejabatnya di sini semalam.

P/K :- Islam ni bukan agama yang ganas.Tapi,kita tak boleh mengalah tanpa berjuang.Cuma dalam hal macam ni,Islam tak suruh pergi serang rumah ibadat agama lain.Jangan gunakan agama untuk mewujudkan suasana tidak sihat.Kita ni majmuk,kenalah ikut cara majmuk.Amacam?

Monday, January 11, 2010

Pening lagi weh!

Pelajar Tingkatan 4 maut dibelasah

Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

KUCHING: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Dalat, mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di Kampung Sungai Kut, Dalat, Khamis lalu.

Nicholin Komeng, 16, disahkan mati di Hospital Daerah Dalat, kira-kira jam 6 pagi kelmarin selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Koo, berkata kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham selepas salah seorang suspek menuduh mangsa menganggu teman wanitanya.

Koo berkata, bertindak atas laporan itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang berusia 48 tahun bersama dua anak lelakinya berumur 19 dan 21 tahun serta anak buahnya berusia 26 tahun.

PK:-Mati?Masih dalam sekolah(belajar) tu!Cuba tengok sebab apa?Ganggu teman wanita?Pening kepala weh!Apa punya pesen cerita(kes) gini nih?

Thursday, January 7, 2010

Berita tak sedap dengar!!!!!!!!!!!!!!!!

Hapus Cola jejas pretasi sektor awam: Cuepacs


SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.

“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.

Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

P/S :-Hah!Dah ada yang bunyi ni.Macam mana kalau jadi betul?Kakitangan peringkat bawahan tentu bertambah pening kepala mereka.Mana baru bukak sekolah,sikit lagi nak masuk IPT pulak.Makin derita lah rakyat kita ni.Nama je negara kaya.Minyak ada,sawit ada,kayu ada macam2 lagilah.Tapi kayu macam kat Jerantut ni ada geng2 tertentu aje yang sapu.Alasan nak buat projek,tapi lepas kayu dah keluar,hampas pun tak ada.Nak buat macam mana,PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT lah katakan!

Diambil dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/