Sunday, September 26, 2010

Bolehkah Pas menang?(Jerantut)

Menurut jangkaan PRU 13 akan diadakan pada tahun 2013 yaitu tamat tempuh penggal ke12. Mengikut pendapat seorang sahabat saya yang agak tebal ke' Pas' an , beliau mengeluarkan pandangan kepada saya bahawa PRU ke13 pada tahun 13 adalah detik kehancuran kepada sebuah pelembagaan kufur sebagaimana rukun 13s solat yang menandakan lenyapnya kekufuran seseorang bila dilaksanakan.

Namun begitu saya terus juga berfikir , boleh ke Pas menang PRU 13 nanti dengan hanya membuat sifir mudah begitu. Adakah Pas sudah membuat persediaan menggerakkan jentera pilihanrayanya dengan kursus-kursus terkini dan sokongan logistik yang mencukupi. Sudahkah Pas Kawasan membuat penilaian terhadap prestasi setiap cawangan samaada cawangan yang sedia ada berfungsi atau tidak.

Umno memang sedang bercakaran masa sekarang tapi seperti biasa apabila tiba masa pilihanraya mereka akan bersama-sama mengerjakan Pas. Oleh itu Pas janganlah merasa selesa dengan hanya menumpukan kepada program dalaman di markas-markas sahaja. Cubalah AJK Pas Kawasan kerapkan menjengah tempat-tempat yang tiada cawangan atau cawangannya dah mati dan banyakkan program yang turun ke masyarakat .

Ketua Pemuda atau AJK Pemuda pula mesti menggandakan usaha menjadi penggerak kepada kegiatan Pas kerana sekarang dapat dilihat tidak banyak program Pemuda yang melibatkan anak-anak muda di serata gelanggang. Teruskan usaha mengunjungi kemana-mana gelanggang yang ada. Ada gelanggang takraw , badminton , tomoi , silat dan banyak lagi.

PK:-Cerita ni kawan baca dlm satu blog politik Jerantut ni.AWANGMASERU nama dia.Sebab kena ngan Jerantut ni,jadi menarik perhatian jugaklah.Teguran dan cadangan yg begini patut diambil SERIUS oleh pihak kawasan.Kalau tidak,belum tentu boleh menang!

Tuesday, September 14, 2010

Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan

KOTA BHARU 13 Sept. - Kekanda Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa adindanya itu masih merupakan Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta.

Beliau sebaliknya mendakwa, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak memenuhi syarat dan melanggar Perlembagaan negeri yang menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja.

"Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta.

"Kesemua syarat tersebut tidak dipenuhi untuk melantik Tengku Muhammad Faris sebagai sultan kerana Sultan Ismail Petra masih ada dan tidak melanggar syarat-syarat yang ada sehingga membolehkan baginda disingkirkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya berkuat kuasa hari ini.

Perisytiharan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.(Baca lanjut disini)

PK:-Ini cerita pasal orang2 besar dan keturunan deme.Bab keluarga Di Raja Kelantan nampak macam tak berapa nak habis.Dulu kalau ingat,Pernah jadi kes Sultan Yang sebenar menuntut takhta yang sepatutnya menjadi milik dia.Ingat lagi tak?

Ala,yang tabal Sultan Baru bawah pokok ketapang tu lah!Takkan dah lupa kut?lepas tu hari tu ada kecoh pasal bergaduh adik-beradik.Lepas tu lagi ada pulak cerita pasal Adinda dia ni bercerai dengan Orang Indonesia.Macam-macam.Agak-agaknya lah kan,bila la nak hal keluarga sultan Kelantan ni nak settle betul agaknya?

Ini kat Kelantan.Kalau jadi kat Pahang tak tau lah!Ramai la rakyat jelata pening menengok cerita belah sini pulak.Tapi pada kawan biarlah naik Raja mana-mana pun,yang pentingnya mereka2 ni boleh memberi perhatian dan khidmat kepada rakyat.Sebab masih ramai lagi rakyat bawahan yang memerlukan bantuan orang ATASAN termasuk lah golongan RAJA-RAJA ni.