Wednesday, April 28, 2010

Ulasan tertinggi



Remaja ditembak mati: Ahli politik diminta tidak campur tangan



SHAH ALAM 28 April – Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

"Ada yang mengada-adakan cerita dan mendesak polis memastikan anggotanya tidak ‘cover up’ kes berkenaan. Ini semua akan merunsingkan anggota keluarga mangsa dan mengelirukan masyarakat serta menimbulkan persepsi yang tidak betul.

"Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur. Biar polis menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Jika siasatan mendapati pihak kami (polis) yang cuai dan melebihi kuasa yang diberikan, maka tindakan setimpal akan diambil,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Khalid berkata, polis sudah merakamkan percakapan sembilan saksi berhubung kes itu dan akan merekodkan kenyataan saksi utama hari ini. – Bernama

http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

PK:-Kesian budak ni!Kesian family dia!

Sunday, April 25, 2010

Ancaman belum berakhir.....

H1N1: Satu lagi kematian melibatkan lelaki 63 tahun

KUALA LUMPUR 25 April – Satu lagi kematian berkaitan virus influenza A (H1N1) dilapor, membabitkan seorang lelaki berusia 63 tahun yang menghidap penyakit paru-paru kronik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada 22 April lepas dan meninggal dunia keesokan harinya.

Beliau berkata, walaupun kes itu disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, pakar perubatan yang mengendalikan kes itu mengesahkan kematian disebabkan jangkitan bakteria dalam darah berdasarkan keputusan ujian darah yang dijalankan.

"Oleh itu, jumlah kematian H1N1 seluruh negara masih kekal 80 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai jumlah kes terkumpul, Dr. Mohd. Ismail berkata, sehingga 5.30 petang semalam sejumlah 39 kes disahkan influenza A (H1N1) atau selesema babi dilaporkan, yang menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini 13,436 kes.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan virus H1N1 orang ramai boleh melayari laman web kementerian di alamat http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-88810200/300. – Bernama

PK:-Hah!ini berita yang boleh dikira menakutkan.Kalau masalah ini belum selesai, takut juga nak pergi berjalan dengan family.Anak ke 3 pulak baru sesangat lagi.Baru 2 minggu.tadi baru balik dari KL.Ini kira boleh mendatangkan ancaman kepada hobi sampingan iaitu pergi melancong,bukan melencong!Bahaya,bahaya!