Thursday, June 17, 2010

Warga Afrika Selatan bantah belanja mewah Piala Dunia

DURBAN: Beribu-ribu penduduk Afrika Selatan mengadakan perarakan membantah belanja mewah Piala Dunia dan pemecatan kakitangan keselamatan, mencetuskan satu lagi perkara memalukan kepada penganjur.

Ketika negara itu menyambut ulang tahun ke-34 Soweto, kebangkitan menentang pemerintahan aparteid, kira-kira 3,000 orang berarak di Durban mengutuk FIFA dan kerajaan kerana memberi keutamaan kepada perbelanjaan menganjur Piala Dunia ketika berjuta-juta penduduk hidup dalam kemiskinan.

Tunjuk perasaan Isnin lalu oleh pekerja terbabit menyebabkan polis Afrika Selatan terpaksa mengawal stadium yang menjadi tumpuan Piala Dunia di Cape Town, Port Elizabeth, Johannesburg dan Durban.

Sebanyak 40 peratus daripada penduduk negara itu masih hidup dalam kemiskinan dengan purata pendapatan kurang AS$2 (RM6.4) sehari. – AFP


PK:-Kesian dema ni.Menda nak buat?Payah juga sebenarnya!