Thursday, December 31, 2009

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan terhadap penuntut yang sengaja menggunakan sudut berkenaan untuk kepentingan peribadi atau politik berdasarkan buku panduan mengenainya.

Kementerian berkenaan sudah menerbitkan buku itu baru-baru ini sebagai landasan untuk pentadbir IPT dan penuntut berbincang mengenai aspek yang boleh disentuh dan sebaliknya bagi memastikan kebebasan diberikan kementerian dan IPT tidak disalahgunakan.

“Saya yakin, penuntut IPT sekarang bukan macam penuntut zaman 1960-an dan 1970-an dulu yang kebanyakannya menggunakan sudut pidato untuk kepentingan politik.

“Kalau ada (penuntut) tidak bertanggungjawab, pihak pentadbir universiti lebih bijaksana untuk mengambil tindakan. Penuntut harus berunding dengan HEP masing-masing. Saya yakin, tidak akan timbul masalah,” katanya selepas melancarkan Pendakian Solo 1Malaysia Mohd Noor Mat Amin bersama 111 penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), di kaki Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Pendapat Kawan:-Baru nak laksana,dah ada PENGUBAHSUAIAN.Kalau macam ni,kawan tak rasa ada peningkatan dalam tahap berfikir Student2 di IPT.Terlalu banyak kekangan.Kekanga yang minima ok lah.Kalau lebih sangat,tak jadi juge weh!

Lantikan guru lepasan ijazah pendidikan ikut kekosongan

PUTRAJAYA: Penempatan graduan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekolah hanya akan dilakukan berdasarkan kekosongan jawatan dan pengkhususan mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

“IPG melatih guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.


Pendapat kawan:-Kalau ikut ayat ni,maknanya akan adalah guru dari KPLI kena tunggu(nganggur) dulu sebelum dilantik.Berapalama agaknya?Ini mungkin kesan dari kelembapan ekonomi dunia agaknya.Hahahahahaha.Tapi sikit lagi esok ada penyelesaian la kut?

Wednesday, December 30, 2009

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.

Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.

"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

Pendapat kawan:-Bagus cadangan ni.Boleh menambahkan keyakinan pada para pelajar dan melahirkan mereka2 yang dapat berfikir secara rasional dan pantas.Tapi jangan ada pulak orang ambik kesempatan atau menimbulkan halangan pada program2 macam ni.Takut objektif tak tercapai!

Apa punya perangai ni?????

2 lagi suspek rogol, buang mayat budak kena tahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan penemuan mayat kanak-kanak perempuan, dipercayai mangsa rogol dan bunuh di Kolam Tadahan Kampung Boyan, Jalan Semarak di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata ia susulan maklumat hasil soal siasat ibu mangsa, selain seorang buruh kasar dipercayai teman lelakinya.

Katanya, kedua-dua suspek itu, masing-masing berusia 40 dan 47 tahun ditahan di rumah mereka di Setapak dan Cheras, Isnin lalu.

"Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek ditahan itu mempunyai pertalian keluarga dengan ibu mangsa.

"Dengan penahanan kedua-dua suspek itu, diharapkan ada petunjuk baru yang membantu menyelesaikan kes ini.

"Kita mengambil kira semua kemungkinan dalam kes ini, malah siasatan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk motif sebenar pembunuhan itu," katanya.

Pada 22 Disember lalu, mayat kanak-kanak perempuan berpakaian lengkap ditemui terapung di kolam tadahan berhampiran Kampung Boyan, Jalan Semarak tanpa pengenalan diri.

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kolam berkenaan. Berdasarkan kesan jerut pada lehernya, kanak-kanak malang itu dipercayai mati akibat lemas.

Pendapat Kawan:-Hah!Ada juga manusia perangai macam haiwan ni.Dah tua pun masih tak sedar diri lagi.Ambik tindakan yang berat pada mereka2 ni.Jangan bagi peluang.Anugerah tuhan dah bagi,pegi bunuh pulak.Apa punya bangang!

Monday, December 28, 2009

Mesir didesak buka laluan Aqaba ke Gaza

Konvoi misi bantuan Viva Palestina Malaysia terkandas

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang penindasan terhadap rakyat Palestin, Viva Palestina Malaysia (VPM), semalam menyerahkan surat rayuan di Kedutaan Mesir di sini, meminta supaya kerajaan negara itu membenarkan konvoi Viva Palestina memasuki Mesir untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Surat rayuan itu yang diterima sendiri Duta Besar Mesir ke Malaysia, Hani Abdel Kader Ahmed Shash, dibuat selepas kerajaan negara itu enggan memberi kebenaran kepada 500 sukarelawan dengan 250 kenderaan yang membawa bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan, memasuki Mesir untuk ke Gaza, Palestin.

Konvoi berkenaan turut membabitkan sembilan kenderaan termasuk ambulans yang mengandungi ubat-ubatan bernilai lebih RM200,000 itu, terkandas di Pelabuhan Aqaba, Jordan, sejak 24 Disember lalu untuk menggunakan laluan di Mesir menuju ke Gaza.

Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif VPM, Azra Banu, berkata Kerajaan Mesir hanya membenarkan konvoi yang diketuai ahli politik Britain, George Galloway itu memasuki negara berkenaan menerusi El-Arish iaitu 805 kilometer dari Aqaba.

"Kita terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan lebih RM5 juta sekiranya ke sana sedangkan perjalanan ke Gaza hanya mengambil masa empat jam menerusi Aqaba," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Besar Mesir, semalam.

Beliau berkata, sekumpulan konvoi yang memulakan perjalanan dari London pada 6 Disember lalu, sedang melancarkan mogok lapar bermula kelmarin sehingga Kerajaan Mesir membenarkan konvoi berkenaan memasuki Aqaba menuju ke Gaza.

Konvoi berkenaan sepatutnya tiba di Gaza kelmarin sempena genap setahun peristiwa serangan Israel ke atas Palestin yang mengakibatkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban dan 5,300 lagi cedera dengan alasan bagi menghentikan bedilan roket oleh Hamas di selatan Israel.

Pendapat kawan:-Kalau dah nama Israel tu,Israel jugak lah.Memang sejarah dari dulu lagi tak pernah menggambarkan yang Yahudi ni orang yang baik.Mesti ada masalah dengan deme ni.Patutnya kita tak perlu ada sebarang hubungan dengan negara Isarel ni,malah tak perlu nak iktiraf pun.Belum kira kejam dia pada bebudak ngan perempuan kat sana.Undang2 perang pun dia langgar habis.JAHANAM YAHUDI!JAHANAM ISRAEL!

Sunday, December 27, 2009

BAYI YANG KRITIKAL DAN RAKYAT YANG TERTINDAS


(Harian Metro 26 Dec 2009)

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Ulasan : Ramai orang yang bersimpati dengan bayi ini termasuk saya sendiri, ini kerana perbuatan ibu bapa mereka yang tak tidak punyai hati perut.Beginilah keadaan kita selaku rakyat malaysia yang diibaratkan sebagai anak manakala kerajaan pula sebagai ayah.Kadang-kadang anak menjadi mangsa kebuluran di sebabkan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab.

sumber dari :-http://fadhlibrahim.blogspot.com/

Kesian!!!!!!!!!!!!!!

Cuepacs rayu selesai masalah status kontrak

KUALA LUMPUR: Seramai 30,000 kakitangan awam berstatus kontrak di bawah kerajaan negeri mungkin hilang pekerjaan menjelang tahun depan apabila kontrak perkhidmatan mereka tidak disambung ekoran tiada peruntukan.

Sehubungan itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan campur tangan dan mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan.

“Boleh dikatakan setiap hari Cuepacs menerima panggilan daripada pekerja kontrak ini memohon kami merayu kepada Datuk Seri Najib Razak supaya membantu mereka. Ada yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun dan berpendapatan purata sekitar RM1,500 sebulan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Omar berkata, secara keseluruhannya ada lebih 60,000 kakitangan awam secara kontrak di negara ini dan sebahagian besar di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata, ketiadaan peruntukan disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu adalah punca perkhidmatan mereka tidak dapat disambung.

Pendapat kawan:-Kesian ke deme2 ni.Kalau tak sambung kontrak,apa akan terjadi pada mereka2 ni?Tentu mereka ni ada anak2 yang perlu disekolahkan,ada bayaran atau bil2 bulanan yang harus diselesaikan dan ada juga mulut2 yang perlu diberi makan.Jadi minta kerajaan dan JPA ambil perhatian serta tindakan yang sepatutnya.Bukan apa,kesian ke orang ni.Khidmat dah lama,tapi kerja belum tetap.Kesian weh!

Saturday, December 26, 2009

Pandai sangat!

Jangan buang masa - Lian Ker

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tiga belas ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang mahu pemilihan semula parti diadakan, disaran jangan membuang masa dengan terus bermain drama sebaliknya perlu kembali bersatu demi masa depan MCA dan Barisan Nasional (BN).

Salah seorang ahli CC MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, gesaan beliau itu berdasarkan keyakinannya bahawa tiada lagi ahli CC lain yang berminat untuk meletakkan jawatan.

Jelasnya, 13 ahli CC itu perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah kumpulan minoriti di dalam jawatankuasa CC MCA.

''Saya minta mereka semua jangan mengeruhkan lagi keadaan, ketepikan agenda peribadi dan utamakan kepentingan parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pendapat kawan:-Sedap dia bercakap dalam berita.Kerja kat Pahang dulu pun tak cantik.Banyak pulak songeh dia.Dia ni dalam dewan negeri dulu suka campur tangan dalam hal ehwal orang Islam,suka memandai-mandai.Tak caya pegi check dalam hansard DUN Pahang tu.Borak,orang buta pun boleh!

TAKZIAH......

Pemandu bas ekspres akui 'terlelap'

IPOH 26 Dis. - Pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku 'terlelap' sebelum kejadian.

Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritenden Mohd. Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd. Rodzi berkata, bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu. - Bernama


Pendapat kawan :- Macam mana pengusaha tak nampak lagi masalah ni.Drebar tu tak cukup rehat.Kejar trip agaknya.Kurang kang,gaji kecik pulak.Masalah ni macam mana nak selesai?Tambah drebar la,amacam?

Thursday, December 24, 2009

Boleh jalan ke?

RM5 juta untuk program rempit sifar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri akan melaksanakan usaha lebih agresif bagi mewujudkan ‘mat rempit’ sifar di negeri ini bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi tujuan memperkasa golongan belia dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Antara program penting yang bakal dilaksanakan adalah program Rempit Sifar dan Menjinakkan Mat Rempit.

“Pada saya lebih baik buat sesuatu daripada tidak buat apa-apa, (masalah sosial) tidak hanya selesai hanya bersyarah, bercakap tapi tidak rangka program,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurutnya, program berkenaan dilihat mampu membantu mengurangkan masalah tersebut, secara tidak langsung turut membantu bersama-sama meringankan beban yang ditanggung pihak berkuasa.


Pendapat kawan :- Boleh jalan ke cadangan ni?Nampak memang ada munasabahnya.Tapi geng Mat Rempit ni kalau ajak buat aktiviti keagamaan je yang boleh settle rasanya.Kalau buat benda macam konvoi ke,kembara ke tak jalan dah gamaknya.Betul tak Datuk Aziz?

Wednesday, December 23, 2009

Pening kepala weh!

Remaja lari ikut abang angkat



Nurul Shahirah

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dari Kampung Paya Berenjut, Kemaman, dipercayai melarikan diri bersama seorang abang angkat selepas 10 hari berkenalan dengan lelaki itu.

Mangsa, Nurul Shahirah Nordin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu ketika kedua ibu bapanya sedang tidur.

Nenek mangsa, Zaharah Ngah, 63, dari Kampung Baru Seberang Takir, dekat sini, berkata cucu yang dijaganya sejak berusia enam hingga 13 tahun itu, seorang anak yang taat dan tidak pernah bersikap liar sebelum berpindah ke Kemaman untuk tinggal dengan keluarganya.

“Saya percaya cucu saya itu termakan pujuk rayu lelaki yang baru dikenali sebelum melarikan diri dari rumah, sedangkan selama dia tinggal dengan saya, dia bukanlah remaja yang liar dan suka bersosial,” katanya.

“Sebaik mengetahui Nurul Shahirah menghilangkan diri, mak cik tidak lalu makan kerana teringatkan nasibnya kini dan tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

“Ayah dan ibu memaafkan segala perbuatan yang dilakukan Nurul dan minta supaya Nurul pulang dengan segera ke rumah kerana ibu mengalami masalah kesihatan memikirkan kehilangan Nurul,” katanya.

Nordin berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Chukai pada 19 Disember lalu kira-kira jam 12 malam selepas menyedari kehilangan anaknya.

Katanya, sesiapa yang melihat atau mengetahui di mana Nurul Shahirah berada, diminta menghubungi bapa saudaranya, Mazlan Harun di talian 017 9142257 atau 019 9201322.

Pendapat kawan:-Sekarang ni pengaruh orang luar pada kita makin teruk.Ni pujuk dek orang Malaysia juga.Belum kira hak pujuk dek orang luar macam Bangla ke,Indon ke,Siam ke.Itu lagi pening.Risau juga.Anak perempuan ada dua orang.Takut besar sikit sok,ngikut orang pulak.Minta Allah tolong lindung hidup kita.Insyaalah!Polis,bertindak pantas!

Kenapa sekejam ini?


Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Pendapat kawan:-Manusia makin zalim.Contoh dah banyak.Kawan rasa kita kena hukum culprit2 ni dengan hukuman yang setimpal.Tu lah kekadang rasa kurang selamat nak lepas anak main2 kat luar rumah.Bimbang cekup dek orang,hah!Tak ke naya. PDRM,mainkan peranan anda!

Tuesday, December 22, 2009

'Aduan Rakyat' di TV3 mulai 6 Januari



DARI kiri, Ahmad, Farid, Johan, Ahmad Fuad, Kartini Lahi yang menjadi pengadu pertama mendapat manfaat menerusi Program Aduan Rakyat di Sri Pentas TV3, semalam. Turut kelihatan Karam Singh, Puspavathy, Loo dan Jaffry Azman.

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen terkemuka, TV3 akan menyiarkan sebuah program majalah bertajuk 'Aduan Rakyat' bermula 6 Januari depan, khusus untuk mengetengahkan aduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Program 13 episod dengan tagline 'TV3 Ambil Berat' yang bersiaran selama 30 minit setiap Rabu jam 9 malam itu akan memberi fokus kepada masalah rakyat termasuk komuniti, kerosakan harta benda awam, ketidakadilan dalam isu pengguna, kekurangan dalam infrastruktur kepada golongan kurang upaya, pengangkutan awam dan perkhidmatan sektor awam.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Ahmad A Talib, berkata program itu tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak yang berkaitan sebaliknya bertujuan memaparkan masalah yang dihadapi rakyat dan mencari penyelesaian dengan kerjasama kerajaan tempatan, pemaju dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Tidak semua masalah rakyat diketahui oleh pihak berwajib, justeru kita akan memainkan peranan untuk mengetengahkan masalah itu bagi perhatian mereka.

"Kita akan memastikan laporan dilakukan dengan adil dan mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya selepas pelancaran logo Aduan Rakyat di Sri Pentas di sini, malam tadi.

"Justeru, aduan rakyat adalah platform terbaik rakyat Malaysia membuat apa saja aduan," katanya.

Beliau berkata, penonton boleh mengetahui mengenai penyelesaian bagi sesuatu isu melalui Buletin Utama sebelum mengikuti perkembangan dan susulan selanjutnya dalam Aduan Rakyat.

Pendapat kawan:- Usaha yg dibuat dek TV3 ni ada faedahnya.Senang sikit orang nak mengadu.Tapi mungkin sebab tempat lain dah tak boleh ngadu agaknya,sebab tu datang ke TV3.Mintak2 lepas ni,orang yang BERKENAAN atau BERTANGGUNGJAWAB akan lebih ambik tau hal orang setempat.Masalah pun kurang,ye dak?Jangan setakat ambik keuntungan sudahlah!

Syor anjak pembukaan sesi sekolah pertengahan Januari

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menganjakkan permulaan sesi persekolahan tahunan ke pertengahan Januari berbanding awal bulan ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata cadangan itu bagi mengelakkan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadapi tempoh senggang terlalu lama untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Katanya, ini berikutan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk merombak kalendar akademik IPT supaya seragam dengan sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa.


Pendapat Kawan:-Macam sedap je dengor berita ni.Kalau betul pun,apa salahnya!Hahahahaha!

Enjin F-5E Dan Bom C4 Hilang, Mana Berbahaya

Kekecohan kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik TUDM itu amat menejutkan semua pihak. Ia menguatkan lagi alasan bahawa sememangnya sistem kawalan keselamatan dan ketenteraan negara berada diperingkat yang paling kritikal sebenarnya. Kerajaan bertindak tegas dan cepat dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang dipercayai terlibat termasuk "orang dalam" yang terdiri dari kalangan pegawai tentera itu sendiri. Namun, sedarkah kita bahawa kehilangan F-5E adalah sinambungan daripada kehilangan senjata dari kem tentera dan termasuk juga kehilangan bom C4 dari simpanan tentera dalam kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shariibuu beberapa tahun yang lalu. Kita dihebohkan ketika itu dengan bahan letupan bom C4 yang diambil dari stor tentera, tanpa keizinan dan diluluskan oleh mana-mana pihak. Malah, difahamkan penggunaan bom itu haruslah mendapat restu daripada Menteri Pertahanan itu sendiri. Soalnya kenapa bom C4 itu boleh terlepas keluar dan akhirnya digunakan dalam kes pembunuhan wanita Monggolia itu?. Namun, selepas kes tersebut diselesaikan oleh mahkamah tetapi sehingga kini siasatan tidak dilakukan siapakah yang punya angkara membenarkan dan membawa keluar bom tersebut dapat pengetahuan pegawai yang terbabit. Jika melihat kepada kes kehilangan engin F-5E ini, maka wajarlah kes kehilangan dan pengeluaran bom C4 dari stor angkatan tentera itu juga perlu disiasat oleh pihak polis. Dalang yang bertanggungjawab haruslah dibawa ke muka pengadilan. Soalnya, apakah ini akan berlaku dalam keadaan sekarang. Makanya sudah pastilah ia tidak akan dibongkarkan demi keselamatan pihak-pihak tertentu. Jika inilah keadaannya, maka memang logik ada pihak tentera di Malaysia ini yang tidak takut untuk mencuri dan membawa keluar aset pertahanan negara sesuka hati mereka. Lantaran itulah kejadian seperti ini boleh berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Harta diambil dari Pahang Daily Online.

Pendapat kawan:-Weh,Pahang Daily.Buat molek2.Esok kena saman lagi!Hahahahah

Cherating Holidays........





Gambar2 ni masa pegi Legend kat Cherating hari tu.Pre-reunion DPM-MPIK 1st Batch.Jadi tukang panggang ayam ngan tukang makan sekali.Harap tahun depan dapat jumpa lagi kengkawan lama ni.Banyak nostalgia tu!

'Pengkhianat negara jual enjin jet'

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Ifwan Tun Tuah
bhnews@bharian.com.my


AZIZAN (kanan) menyampaikan hadiah kepada Penerima Anugerah Bekas Putera 2009, Pegawai Rendah Kanan, Chan Jun Win di Kem Perdana Sungai Besi, semalam.

Kesalahan tidak boleh dikompromi sama sekali

KUALA LUMPUR: Hukuman sebagai pengkhianat perlu dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kehilangan enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana perbuatan itu pengkhianatan terhadap negara.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata kesalahan mencuri dan menjual enjin itu kepada pihak luar amat serius, malah tidak boleh dikompromi sama sekali.

"Ia membawa implikasi cukup besar kepada negara, terutama dari segi keselamatan dan imej ATM sendiri.

"Justeru, hukuman keras perlulah diambil ke atas semua pengkhianat (negara) ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau menerima tabik hormat daripada 188 putera Maktab Tentera Diraja (MTD) yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Pendapat kawan:-Berita ni amat menakutkan.Hilang enjin jet tu.Bukan hilang enjin bot.Sebenarnya kawan ni suka tengok gambar BUDAK BOY tu aje,sebab kawan dulu dan sekolah kat situ.Tapi sekejap je lah.Tapi tgk berita ni memang terkejut BERUK juga lah.Macam tak masuk akal je?

Friday, July 31, 2009

testing


Hari pertama dan percubaan pertama untuk buat blog.Tak berapa reti weh!