Wednesday, February 24, 2010

SSM serbu dua syarikat disyaki tawar skim pelaburan haram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.

SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata, melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. dan Hadhari Agro Holding Sdn. Bhd. dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai ”Projek Pembangunan Usahawan”.

"Menurut aduan yang diterima SSM, para pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.

"Ia juga mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang merupakan pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

PK:-Sebenarnya,kalangan guru dan kakitangan kerajaan yang lain biasa tertipu dengan skim-skim yang menarik perhatian.Kadang-kadang sampai tahap TOO GOOD TO BE TRUE pun orang masih percaya.Kawan sendiri pun dah biasa kena dengan Skim-skim macam ni.Sekarang ni lah pun baru nak rasa serik sikit pun.Tapi dah duit tak berapa banyak,nak juga cari side income untuk senang keluarga sikit.Jadi rasanya lebih selamat kalau melabur dalam investment yang berisiko rendah walaupun pulangannya rendah.Kawan dah try sendiri FOREX kat internet ni.Memang ada hasil,tapi kalau tamak habislah.Pandai-pandailah kita ye!

No comments: