Wednesday, April 28, 2010

Ulasan tertinggi



Remaja ditembak mati: Ahli politik diminta tidak campur tangan



SHAH ALAM 28 April – Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

"Ada yang mengada-adakan cerita dan mendesak polis memastikan anggotanya tidak ‘cover up’ kes berkenaan. Ini semua akan merunsingkan anggota keluarga mangsa dan mengelirukan masyarakat serta menimbulkan persepsi yang tidak betul.

"Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur. Biar polis menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Jika siasatan mendapati pihak kami (polis) yang cuai dan melebihi kuasa yang diberikan, maka tindakan setimpal akan diambil,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Khalid berkata, polis sudah merakamkan percakapan sembilan saksi berhubung kes itu dan akan merekodkan kenyataan saksi utama hari ini. – Bernama

http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

PK:-Kesian budak ni!Kesian family dia!

1 comment:

Anonymous said...

Aku pelik sikit la..kat Barat polis berusaha mencari bukti bagi membuat tuduhan..tetapi kat Malaysia ni orang yang merepot kena bagi bukti kat polis untuk disiasat dan membuat tuduhan..pelik2.