Tuesday, September 14, 2010

Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan

KOTA BHARU 13 Sept. - Kekanda Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa adindanya itu masih merupakan Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta.

Beliau sebaliknya mendakwa, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak memenuhi syarat dan melanggar Perlembagaan negeri yang menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja.

"Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta.

"Kesemua syarat tersebut tidak dipenuhi untuk melantik Tengku Muhammad Faris sebagai sultan kerana Sultan Ismail Petra masih ada dan tidak melanggar syarat-syarat yang ada sehingga membolehkan baginda disingkirkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya berkuat kuasa hari ini.

Perisytiharan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.(Baca lanjut disini)

PK:-Ini cerita pasal orang2 besar dan keturunan deme.Bab keluarga Di Raja Kelantan nampak macam tak berapa nak habis.Dulu kalau ingat,Pernah jadi kes Sultan Yang sebenar menuntut takhta yang sepatutnya menjadi milik dia.Ingat lagi tak?

Ala,yang tabal Sultan Baru bawah pokok ketapang tu lah!Takkan dah lupa kut?lepas tu hari tu ada kecoh pasal bergaduh adik-beradik.Lepas tu lagi ada pulak cerita pasal Adinda dia ni bercerai dengan Orang Indonesia.Macam-macam.Agak-agaknya lah kan,bila la nak hal keluarga sultan Kelantan ni nak settle betul agaknya?

Ini kat Kelantan.Kalau jadi kat Pahang tak tau lah!Ramai la rakyat jelata pening menengok cerita belah sini pulak.Tapi pada kawan biarlah naik Raja mana-mana pun,yang pentingnya mereka2 ni boleh memberi perhatian dan khidmat kepada rakyat.Sebab masih ramai lagi rakyat bawahan yang memerlukan bantuan orang ATASAN termasuk lah golongan RAJA-RAJA ni.

No comments: