Tuesday, August 17, 2010

Apa sudah jadi?

Mayat lelaki ditemui dengan tangan diikat

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki yang percayai dibunuh, ditemui dengan keadaan tangan diikat di sungai Kampung Mangkalinau, Batu 3 di sini, hari ini.

Mayat dengan kesan tetakan di bahagian belakang badan itu ditemui penduduk kampung pada jam 8 pagi ketika air sungai itu surut.

Beliau berkata, identiti lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu belum dikenalpasti dan tiada dokumen pengenalan ditemui.

Rosli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama


PK:-Baca paper hari-hari ni,macam-macam berita hok boleh kita jumpa.Dari berita BELAGA IKAN sampailah ke BUNUH.Sekarang Malaysia dah nampak makin PARAH.Sebab apa kawan kata gitu?Sebab makin banyak kes orang mati kena bunuh.Jumpa tepi longkang,dalam semak,bawah bukit. Sampai boleh kata kalau dalam berita tu memang tipa-tiap ada orang mati kena bunuh.

Itu belum campur kes BUANG BAYI lagi tu!Memang Malaysia sekarang sedang membentuk dan menjadi satu tempat yang kurang SELAMAT untuk didiami.Mintak-mintaklah lepas ni ada perubahan yang akan berlaku,untuk masa depan anak-anak kawan,dan seterusnya anak-anak deme tu pulak!Insyallah!

1 comment:

Anonymous said...

Salah satu puncanya adalah kerana terlalu ramai Pati kat Malaysia nih...dulu masa aku muda muda dulu mana ada byk kes bunuh, culik, rogol, buang bayi nih...la ni sejak ada ramai Pati nih (setahu aku tak kurang 15 juta Pati)byk kes2 begini yang berlaku..depa nih ada IC woih..punca lainnya biasalah..enforcement lembab, rasuah kuat, malas(gaji dah 2,3 kali dah buat semakan, keja mcm tu jgk)