Wednesday, December 30, 2009

Apa punya perangai ni?????

2 lagi suspek rogol, buang mayat budak kena tahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan penemuan mayat kanak-kanak perempuan, dipercayai mangsa rogol dan bunuh di Kolam Tadahan Kampung Boyan, Jalan Semarak di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata ia susulan maklumat hasil soal siasat ibu mangsa, selain seorang buruh kasar dipercayai teman lelakinya.

Katanya, kedua-dua suspek itu, masing-masing berusia 40 dan 47 tahun ditahan di rumah mereka di Setapak dan Cheras, Isnin lalu.

"Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek ditahan itu mempunyai pertalian keluarga dengan ibu mangsa.

"Dengan penahanan kedua-dua suspek itu, diharapkan ada petunjuk baru yang membantu menyelesaikan kes ini.

"Kita mengambil kira semua kemungkinan dalam kes ini, malah siasatan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk motif sebenar pembunuhan itu," katanya.

Pada 22 Disember lalu, mayat kanak-kanak perempuan berpakaian lengkap ditemui terapung di kolam tadahan berhampiran Kampung Boyan, Jalan Semarak tanpa pengenalan diri.

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kolam berkenaan. Berdasarkan kesan jerut pada lehernya, kanak-kanak malang itu dipercayai mati akibat lemas.

Pendapat Kawan:-Hah!Ada juga manusia perangai macam haiwan ni.Dah tua pun masih tak sedar diri lagi.Ambik tindakan yang berat pada mereka2 ni.Jangan bagi peluang.Anugerah tuhan dah bagi,pegi bunuh pulak.Apa punya bangang!

No comments: