Wednesday, December 30, 2009

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.

Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.

"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

Pendapat kawan:-Bagus cadangan ni.Boleh menambahkan keyakinan pada para pelajar dan melahirkan mereka2 yang dapat berfikir secara rasional dan pantas.Tapi jangan ada pulak orang ambik kesempatan atau menimbulkan halangan pada program2 macam ni.Takut objektif tak tercapai!

No comments: