Thursday, December 31, 2009

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan terhadap penuntut yang sengaja menggunakan sudut berkenaan untuk kepentingan peribadi atau politik berdasarkan buku panduan mengenainya.

Kementerian berkenaan sudah menerbitkan buku itu baru-baru ini sebagai landasan untuk pentadbir IPT dan penuntut berbincang mengenai aspek yang boleh disentuh dan sebaliknya bagi memastikan kebebasan diberikan kementerian dan IPT tidak disalahgunakan.

“Saya yakin, penuntut IPT sekarang bukan macam penuntut zaman 1960-an dan 1970-an dulu yang kebanyakannya menggunakan sudut pidato untuk kepentingan politik.

“Kalau ada (penuntut) tidak bertanggungjawab, pihak pentadbir universiti lebih bijaksana untuk mengambil tindakan. Penuntut harus berunding dengan HEP masing-masing. Saya yakin, tidak akan timbul masalah,” katanya selepas melancarkan Pendakian Solo 1Malaysia Mohd Noor Mat Amin bersama 111 penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), di kaki Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Pendapat Kawan:-Baru nak laksana,dah ada PENGUBAHSUAIAN.Kalau macam ni,kawan tak rasa ada peningkatan dalam tahap berfikir Student2 di IPT.Terlalu banyak kekangan.Kekanga yang minima ok lah.Kalau lebih sangat,tak jadi juge weh!

2 comments:

nurmani said...

assalamualaikum man,

aok tentu kener kawan, kp lama aok. kekangan dan ubahsuai tu akan jadikan pelajar lebih kreatif dan perlu rapatkan ukhwah kalangan pelajar. Tak payoh kesohkan sudut pidato tu.skrg ni aok belajor semulake?

Rahman Malik said...

utk mantan kp yg amat kawan hormati.Memang dah sambung,baru habis bulan 12 baru ni.Kalau tak gagal,tahun depan poleh la pakai jubah lain pulak.Terima kasih utk kunjungan.Kalau ada apa2 nak masuk dlm blog DPP Jerantut,e-mail ke kawan pun boleh.Orait Bos,Assalamualaikum!Baru balik meeting tadi ni!