Friday, January 29, 2010

GTP tak beri tekanan penjawat awam

Matlamat disasarkan kerajaan mampu beri kebaikan semua

KUALA LUMPUR: Matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan satu tekanan dan bebanan kepada 1.2 juta penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, sebaliknya semua penjawat awam komited untuk menjayakan GTP yang direncanakan kerajaan berdasarkan suara rakyat itu dengan memastikan segala matlamat yang disasarkan tercapai menerusi gerak kerja yang cepat dan berkesan.

“GTP tidak akan menjadi tekanan sebab penjawat awam pun rakyat juga, apa salahnya, umpamanya untuk kita cuba kurangkan jenayah jalanan. Sebagai penjawat awam dan rakyat negara ini, kita juga mahu keadaan yang selamat, tidak ada jenayah, tidak ada kemiskinan dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran GTP yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam.

PK:- Kawan tak berapa clear lagi tentang benda ni.Tapi nampaknya kerja dan beban akan bertambah.Atau boleh kita kata peluang dan penambahbaikan akan berlaku.Tapi harapnya jangan cakap sahaja.Pastikan perkara ini jadi kenyataan,barulah betul2 ok!

No comments: