Thursday, January 14, 2010

Padan muka ko!

ISA jika cetus ketegangan agama, perkauman

KUALA LUMPUR- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman dan keagamaan yang menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata kementerian memberi jaminan untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian terhadap beberapa gereja di negara ini.

“Saya beri jaminan dalam konteks insiden terkini, kita telah melihat secara serius siapa dalang di sebalik insiden yang berlaku. Jadi kita tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa yang ada termasuk (ISA), jika itu pilihan terakhir.

“Kita akan kenakan tindakan kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang individu itu,” katanya dalam rancangan ‘Soal Jawab Khas’ selama satu jam yang disiarkan menerusi TV3, semalam.

Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang disebar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya mendapatkan maklumat daripada polis atau pihak kementerian yang sentiasa memberi maklumat rasmi kepada orang awam.

“Kita telah mengeluarkan maklumat rasmi melalui kementerian dan polis. Ini bukan perkara rekaan ,kita tidak tokok tambah keseriusannya, sebagaimana yang dilaporkan itulah keadaannya,” katanya. - Bernama

PK:-Saya sokong supaya penjenayah ini ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.Bicarakan mereka,jatuhkan hukuman dan buat apa yang patut.Tapi bicara la,jangan tak bicara.Kesian orang tu!

No comments: