Tuesday, January 19, 2010

Cerita yang buat pening!

Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalah

NUTP tak setuju ambil kesempatan program MBMMBI

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar dan pengetua menyalah guna kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula bermula awal bulan ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula untuk mencapai matlamat memartabat Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berikutan itu, beliau berkata, berlaku senario ada guru Bahasa Inggeris dipindahkan dari sekolah yang sedang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam subjek itu, malah keadaan sama menimpa guru opsyen Seni Visual walaupun mereka tiada kaitan dengan program penempatan semula untuk MBMMBI, sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"NUTP memang tidak bersetuju dengan kaedah penyalahgunaan kuasa sebegini di mana guru besar atau pengetua mengambil kesempatan atas arahan penempatan semula untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai, antara lain mungkin kerana guru berkenaan 'kaki bangkang', mahu pun guru bermasalah dari sekolah mereka.

Bukan itu saja, beliau berkata, turut berlaku kes ada guru opsyen Bahasa Malaysia, tetapi mengajar Bahasa Inggeris selama 15 tahun demi memenuhi keperluan sekolah, malah pernah menjalani kursus pertukaran subjek, diminta bertukar ke sekolah lain dan dipaksa mengajar Bahasa Malaysia yang sudah ditinggalkan begitu lama.

Pada peringkat awal pelaksanaan penempatan semula ini, Hashim berkata, NUTP sudah menerima 10 aduan daripada guru yang kebanyakannya dari Selangor, termasuk lima atau enam kes mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa guru besar dan pengetua.


PK:-Kawan ni bukan nak melawan la.Tapi sebab cerita ni kira terkena dengan kita,jadi keluar la kat sini.Guru Besar kawan memang okay.Ini sekolah lain la.Tak patut GB atau PENGETUA atau sesiapa saja yang berkuasa ambik tindakan tanpa usul periksa.Ini sebab,mungkin guru tu ada masalah dirumah ke atau memang pihak pentadbiran tak betul,jadi dia tegurlah.Macam sesetengah sekolah tu lah.Bukan semua GB betul dan bukan semua GURU salah.Kita ni pun mungkin ada buat salah juge!

1 comment:

brotherzack said...

yelah apa bila kuasa disalah guna.