Tuesday, January 12, 2010

Malaysia minat laksana teknik e-pembelajaran

Oleh Azran Jaffar di London


MUHYIDDIN menghadiri taklimat pelaksanaan e-pembelajaran di London, semalam.

MALAYSIA berminat untuk mengaplikasikan teknik e-pembelajaran di sekolah dalam usaha memberi lonjakan kepada sistem pendidikan negara selaras perkembangan teknologi yang melanda pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ia sebagai usaha menambah baik sistem pendidikan yang dilakukan secara berterusan dan transformasi itu sesuatu yang boleh dicuba yang mana melaluinya mutu pembelajaran di sekolah akan dapat dipertingkatkan.

"Kita melihat pengalaman sebuah sekolah di sini yang pada mulanya sebuah sekolah yang tidak terpilih, dalam beberapa tahun sudah mengatasi pencapaian sekolah biasa lain hasil penggunaan teknik ini yang agak radikal dan berkesan, " katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat daripada sebuah syarikat tempatan dan jawatankuasa Sunbury Manor School di sini berhubung teknik pembelajaran itu yang dikenali sebagai Frog System.

Turut sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan Ireland Utara, Datuk Abdul Aziz Mohammed.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mengarahkan Bahagian Teknologi Pendidikan mengkaji dan mendalami sistem itu dan jika sesuai bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom supaya mengambil langkah serta-merta dan berbincang dengan pihak polis cara untuk mengatasi kejadian bilik pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping dibaling bom api.

P/K:-Cadangan ni dengarnya memang bagus.Tapi kalau buat sekerat jalan,takut tak jadi apa!Pendapat kawanlah,kalau nak buat tu,buatlah elok2.Jangan jadi macam PPSMI.Bukan PPSMI ni benda tak elok,tapi kajian tak buat terus jalan je.Sekarang dah terbukti kurang memuaskan,lepas tu mansuh.Belanja dah banyak keluar,modal dah banyak habis.Apa akan jadi pada guru2 yang dah pergi kursus hari tu?Pada kawan benda2 ni kalau tak rancang elok2 akan menjadi pembaziran yang cukup besar.Macam kata P.Ramlee"kalau apa2 jadi,sapa yang susah?AKU JUGAK!"



No comments: