Wednesday, January 20, 2010

Jaga elok-elok.......

Harga barang keperluan dijangka tidak naik - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 20 Jan. – Harga barangan keperluan dijangka tidak mengalami sebarang kenaikan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana tiada sebarang kenaikan harga minyak, dan mekanisme baru mengenai subsidi petrol pula tidak melibatkan diesel.

"Barangan keperluan biasanya diangkut dengan menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel, dan diesel tetap kekal harganya seperti sekarang, jadi dari segi minyak tidak akan menyebabkan kenaikan barang dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu meningkat sebanyak 0.6 peratus dibandingkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, bagi bulan Disember, peningkatan sebanyak 0.2 peratus dicatat berbanding bulan sebelumnya, manakala peningkatan 1.1 peratus dicatat berbanding bulan sama tahun sebelumnya. – Bernama

PK:-Berita barang naik harga ni memang buat orang ramai resah-gelisah.Dalam tak sedar ramai peniaga ambik kesempatan masa gula naik baru-baru ni.Kawan ni bukan apa.Bimbang juga barang naik weh!Bertambah pulak belanja,kurang boleh menyimpan.Anak besar esok2,banyak nak pakai duit.Kalau duk berbelanja je,masa bila nak menyimpan.Jawabnya tak habis berhutang lah dengan bank ke koperasi ke.Payah juga!Mintak menteri bertanggungjawab pantau sesungguh benda2 ni semua.

No comments: