Sunday, January 24, 2010

Suami isteri saman dua bekas guru besar RM1.5j

Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my


MOHD Afandi (kanan) berbincang bersama peguamnya Mohd Shaffie selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.

Dakwa defendan termasuk pegawai JPN punca tekanan mental

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri yang juga guru, memfailkan saman terhadap dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pelajaran negeri berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa mereka dianiayai sehingga menghadapi tekanan mental yang dahsyat kira-kira enam tahun lalu.

Plaintif pertama, Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isteri, Roziaini Mohd Rozi, 38, selaku plaintif kedua menamakan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Munajat Tamrin sebagai defendan pertama, manakala bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Noriah Murad defendan kedua dan bekas Guru Besar SK Iskandar, Abdul Aziz Hanifa sebagai defendan ketiga.

Mohd Afandi dan isterinya mendakwa, wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Afandi mendakwa, bekas pengetua sekolahnya dan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri bersekongkol mewujudkan tekanan dan penderaan secara mental kerana wujud rasa tidak puas hati terhadap plaintif pada 2004.

"Saya dan isteri mengemukakan saman malu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka bersubahat dalam urusan pentadbiran hingga kami terpaksa menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan.

"Bekas Guru Besar SK Iskandar itu marah selepas saya membuat aduan ke pihak atasan mengenai tingkah lakunya. Sejak itu, dia mengaibkan dan memalukan saya dengan menuduh pelbagai cerita buruk terhadap saya.

"Dia juga mempengaruhi bekas Guru Besar SK Alor Setar, tempat isteri saya mengajar dengan menahan gaji isteri saya selama setahun kerana mengambil cuti sakit selain tidak berpuas hati dengan tindakan saya melaporkan masalah itu kepada Jabatan Pelajaran Kedah.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan dahsyat," dakwanya.

Mereka menuntut ganti rugi RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua, ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga, ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama, permohonan maaf secara terbuka, faedah lapan peratus sehingga kes selesai, kos dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

P/K :-Hai,macam-macam.Ada pulak kes GB yang sampai menekan perasaan dan mental guru-guru bawahan ni.Itu menekan pada nama je!yang menekanbetul2 TEKAN punya ada ke?Mungkin ada mungkin tidak.Sebab tu sekarang ni orang ramai dah kurang hormat pada profession ni.Apa kita nak kata?Kita pun buat salah juga!

No comments: